skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Rosie Rose
View my complete profile
get this widget here

Ayat2 dan surah2 amalan semasa mengandung

Surah Al-Fatihah [link]
Ayat Kursi
Surah Yaseen [link]
Surah At-Taubat [link]
Surah Maryam [link] - agar mudah bersalin dan dikurniakan anak2 soleh dan taat
Surah Yusof [link] - agar beroleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna
Surah Luqman [link] - agar beroleh anak yang taat dan patuh
Surah An-Nahl, ayat 78
Surah Al-A'raaf, ayat 189

Adab suami terhadap isteri mengandung

1. Menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham dengan baik dan segera
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang seumpamanya
5. Kerap melakukan solat sunat dan mendoakan isteri dan anak (yang dikandung) selamat

Adab isteri semasa mengandung

1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga pertuturan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua dan ahli keluarga
6. Menghormati serta berbuat baik kepada kaum muslimin dan muslimat
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain
8. Memperbanyakkan tilawah, doa dan solat sunat
  • ▼ 2011 (12)
    • ▼ October (1)
      • Doa pelindung: Elak dirogol, dan elak anak perempu...
    • ► August (2)
    • ► April (2)
    • ► March (7)

ShoutMix chat widget

Doa2 mommy untukmu...

Firman Allah S.W.T dalam surah Mukmin; Ayat 60.

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”


Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Follow

Doa pelindung: Elak dirogol, dan elak anak perempuan dirogol (atau dizalimi)

Monday, October 10, 2011

Sekarang nih, dunia seolah-olah sudah kembali ke zaman Jahiliyah; wanita dan anak2 perempuan sering menjadi mangsa kezaliman. Berikut saya kongsi salah satu doa yang perlu diamalkan oleh setiap wanita, dan seorang ibu agar dapat elak dari menjadi mangsa rogol/cabul/sebarang bentuk kezaliman seksual. Juga doa yang boleh diamalkan untuk melindungi anak perempuan kita dari segala bentuk kezaliman yang serupa.



Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan manusia itu sendiri. Semoga dgn ikhtiar (doa), kita akan terlindung dari bencana sebegini. Wallahu'alam.







Doa elak DIRI dirogol/dicabul/dizalimi


Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”






Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi



Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”



Posted by Rosie Rose at 6:37 AM 0 comments  

Doa agar mudah mendidik anak

Thursday, August 4, 2011

Amalan agar dipermudah untuk mendidik anak untuk dikongsikan bersama.



Semasa nak menidurkan anak, baca dan tiupkan pada ubun2 anak;

(1) Surah Al-Fatihah
(2) Ayatul Kursi

(3) Surah Al-Insyirah

A001
A002
A003
A004
A005
A006
A007
A008
Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) (8)




(4) Surah Taha, Ayat 1 hingga 5

A001
A002
A003
A004
A005

Maksudnya: Taa' Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy (5)

Posted by Rosie Rose at 12:49 AM 0 comments  

Selawat Syifa'; selawat penyembuh penyakit

Selawat Syifa’ seringkali digunakan dalam perubatan Islam. Selain daripada Selawat Syifa’, ada juga yang memanggilnya sebagai Selawat Thibbiyyah, Tibbil Qulub, dan sebagainya. Bacaan selawat ini *disertakan dengan niat dan sedikit usaha* boleh diamalkan untuk memohon pada Allah agar disembuhkan segala penyakit. Maklum sahaja la, anak2 terutamanya bayi yg masih kecil terkadang mudah terkena pelbagai jenis sakit.



Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Contoh Bacaan


Posted by Rosie Rose at 12:33 AM 0 comments  

Doa dan zikir ketika hendak bersalin

Sunday, April 24, 2011

Sumber dari tulisan Dato’ Ismail Kamus, Indahnya Amalan Doa Susuli Kehidupan dan Usaha dengan Doa, dan beberapa bahan rujukan lain.


Semoga dengan amalan berterusan, dipermudahkan proses utk melahirkan zuriat tersayang.



Selain dari ayat2 lazim, zikir yang berterusan dan doa2 petikan dari Al-Quran, untuk memudahkan proses ketika mula sakit bersalin;


Bacalah ayat Kursi

Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar.


Bacaan Bertajwid: KLIK SINI


Baca juga Surah Al-A’raaf ayat 54

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy, ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.



Kemudian, amalkan baca Surah Al-Insyiqaq, Ayat 1-5 (jika mampu, baca keseluruhan surah)





(1) Apabila langit terbelah (2) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh (3) dan apabila bumi diratakan (4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong (5) dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya)



Selain daripada itu, amalkan doa Nabi Yunus;

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim



Ketika mula sakit hendak bersalin, perbanyakkan tasbih dan zikir

Maha Suci Allah

Aku memohon ampun kepada Allah



Bila saat-saat hendak bersalin, boleh la dibaca

Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah

Posted by Rosie Rose at 5:36 PM 0 comments  

Bacaan utk perbanyakkan susu badan

Thursday, April 21, 2011

Khasiat Surah Al-Baqarah, Ayat 60; memohon supaya diperbanyakkan susu badan utk menyusukan si kecil.





Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.



Bacalah bila-bila masa yang sesuai disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardhu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insyaAllah.


Selain daripada mengamalkan ayat di atas, boleh juga diamalkan membaca Surah Yaasin dan Surah Hujuraat.






Dengan rasa yakin, doa dan ayat Qur'an tentu sekali penyembuh dan penawar yang terbaik. InsyaAllah.

Posted by Rosie Rose at 7:19 AM 0 comments  

Amalam Minum Air Zam-Zam & Mudah Bersalin

Tuesday, March 29, 2011

Khasiat Air Zam-Zam memang tidak dinafikan lagi. Antaranya, amalan meminum Air Zam-Zam dapat membantu mempermudah proses bersalin. Juga, elok jika dapat dititiskan ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan.

Sebelum minum Air Zam-Zam jangan lupa doa/selawat berikut;


أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا
(ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN)
Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat

وَرِزْقًا وَاسِعًا
(WARIZQON WAASI'AN)
rezeki yang luas

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
(WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN)
ubat dari segala penyakit


اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني

ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII

Ya Allah, sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapat kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku.


Selepas doa/selawat, sebutkan hajat dan niat (agar mudah bersalin, bayi dan ibu sihat, dsb.)

Kemudian, minum lah air zam-zam tersebut. InsyaAllah selepas berusaha, tawakkal kepada Allah adalah yang terbaik.

Posted by Rosie Rose at 11:17 PM 0 comments  

Labels: air zam-zam, doa minum air zam-zam, mudah bersalin, selawat sebelum minum air zam-zam

Selusuh (untuk mudah bersalin)

Tuesday, March 15, 2011

Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan oleh suami);
Untuk diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam (bermula minggu ke-30 kandungan *lain orang, lain pendapatnya berkenaan bila masa terbaik utk menggunakan air selusuh), dimulakan dengan selawat.



Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.




(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.



Posted by Rosie Rose at 2:07 AM 0 comments  

Labels: air selusuh, ayat selusuh, cara menyediakan air selusuh, mudah bersalin, penyediaan air selusuh, selawat syifa, selusuh

Ayat Kursi (Al-Baqarah:255)


Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar.


Bacaan Bertajwid: KLIK SINI

Posted by Rosie Rose at 1:04 AM 0 comments  

Labels: al-baqarah ayat 255, ayat kursi, ayatul kursi

An-Nahl Ayat 78

Saturday, March 12, 2011


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur.

Posted by Rosie Rose at 4:18 PM 0 comments  

Labels: an-nahl, an-nahl ayat 78, doa ibu mengandung, doa mengandung, doa untuk baby

Al-A'raaf Ayat 189


Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, adar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, (isterinya) mengandung dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian ketika dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhan Mereka (seraya berkata), "Jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami akan selalu bersyukur."

Posted by Rosie Rose at 2:37 PM 0 comments  

Labels: al-a'raaf ayat 189, doa ibu mengandung, doa mengandung, doa untuk baby

Selawat Tafrijiyyah



"Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu."


Bacaan bertajwid: KLIK SINI

Posted by Rosie Rose at 7:25 AM 0 comments  

Labels: kabul permintaan, selawat memohon doa dimakbulkan, selawat pohon hajat, selawat tafrijiyyah

Doa agar kandungan sihat dan selamat

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Posted by Rosie Rose at 7:20 AM 0 comments  

Labels: doa agar kandungan sihat, doa ibu mengandung, doa kandungan selamat, doa mengandung, doa untuk baby

Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod